Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Contoh :
Gandaan kata nama:
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan

Gandaan Kata kerja:
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik

Gandaan Adjektif /sifat:
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat


Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih

Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata Ganda Semu
agaragar, analanal, angkutangkut, antinganting, biribiri, bulibuli, dekakdekak, epokepok, gulagula, jemputjemput, jentikjentik, kanakkanak, kisikisi, kunangkunang,
kudakuda, kupukupu, kurakura, labahlabah, layanglayang, oleholeh, ondeonde, panjipanji, pijatpijat, ramarama, sumpahsumpah, ubunubun, umangumang dan undangundang

Kata Ganda Separa
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa:
bebawang,bebenang, bebudak, cecair, dedalu, dedaun, dedawai, gegendang, geguli,jejari, jejarum, jejentik, kekabu, kekisi, kekunci, kekuda, lelaki, lelangit
lelayang, pepejal, pepijat, pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut, tetamu dan tetangga

Kata Ganda Bersajak/Berima
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.

(b) persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi

Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita

Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu, tolong-menolong, jahit-menjahit, tarik-menarik, kejar-mengejar,
sulam-menyulam, tawar-menawar, kata-mengata, sepak-menyepak, karang-mengarang,
tari-menari, tangis-menangis, rampas-merampas, tumbuk-menumbuk dan simpan-menyimpan
Pengajaran Mikro Pendidikan Islam

Tajuk : Kata Ganda

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                      : Pelajaran Jawi
Tahun                                    : 4 Yakin
Tarikh                                    : 25.10.2011
Masa                                     : 9.10-9.40 Pagi
Bilangan Murid                      : 34 Orang
Tajuk                                     : Kata Ganda
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid Sudah Belajar Kata Ganda Separa.

Hasil Pembelajaran: 
Aras 1: Murid dapat menyebut perkataan kata ganda dengan betul.
Aras 2: Murid dapat membaca perkataan kata ganda yang di paparkan dengan fasih dan lancar.
Aras 3: Murid dapat menulis perkataan daripada kata ganda dengan betul.

Kemahiran Berfikir    :           
1-Menyebut kalimah dengan betul
2-Memadankan perkataan mengikut susunan yang betul.

Penerapan ilmu           :           Sains

Gabung Jalin              :           Akidah dan Khat                  

Penerapan Nilai          :           1. Bersyukur dengan nikmat Allah

Kemahiran menilai Diri          : Apa akan berlaku sekiranya murid buta huruf?

Bahan Bantu Mengajar          : 1. LCD
                                             : 2. Kad Kalimah
Kaedah Mengajar                 : 1. Talaqi dan Mushafahat
                                             : 2. Latih Tubi/ Takrir.  

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan / Alat
Set Induksi 
( 5minit)
Kad gambar






        1.Guru menayangkan kad gambar tentang kata ganda.

        2.Guru menyoal murid.

        3. Soalan:
        1.Apakah gambar yang     kamu lihat ini?
        2.Apakah makanannya?

4.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan diajar.

Kad gambar
Langkah 1 
(8 minit )
Kata Ganda


1.Guru menayangkan carta gambar dan meminta murid-murid menyebut nama gambar-gambar tersebut secara kelas, kumpulan dan individu.
2.Guru menerapkan ilmu kesihatan mengenai kepentingan sayur-sayuran kepada tubuh badan.
Carta Gambar

Langkah 2  (12 Minit )    
Kata Ganda


1.Guru menayangkan perkataan yang berkaitan dengan kata ganda.
2.Guru menyebut perkataan yang berkaitan dengan kata ganda sambil diikuti oleh murid.
3.Guru menyusun murid dalam satu bulatan.
4.Guru memperdengarkan lagu dan murid-murid mengedarkan kotak beracun didalam kumpulan.
5.Apabila lagu berhenti, murid dikehendaki membaca dan memadankan perkataan yang terdapat didalam kotak tersebut pada gambar yang disediakan dengan susunan  yang betul dan tepat.
 kad perkataan
Penutup        (5 minit )
Sayur-mayur, Lauk-pauk,Pepatung,Rama-rama dan Murid-murid.
1.Murid diminta mengulang pelajaran yang telah dipelajari secara  berkumpulan, kelas
dan individu.
2.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.
3.Guru mengingatkan murid supaya mengulangkaji semula pelajaran dirumah dengan bantuan ibubapa.
KMD
Kad perkataan