Tajuk : Kata Ganda
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pelajaran Jawi
Tahun : 4 Yakin
Tarikh : 25.10.2011
Masa : 9.10-9.40 Pagi
Bilangan Murid : 34 Orang
Tajuk : Kata Ganda
Pengetahuan Sedia Ada : Murid Sudah Belajar Kata Ganda Separa.
Hasil Pembelajaran:
Aras 1: Murid dapat menyebut perkataan kata ganda dengan betul.
Aras 2: Murid dapat membaca perkataan kata ganda yang di paparkan dengan fasih dan lancar.
Aras 3: Murid dapat menulis perkataan daripada kata ganda dengan betul.
Aras 1: Murid dapat menyebut perkataan kata ganda dengan betul.
Aras 2: Murid dapat membaca perkataan kata ganda yang di paparkan dengan fasih dan lancar.
Aras 3: Murid dapat menulis perkataan daripada kata ganda dengan betul.
Kemahiran Berfikir :
1-Menyebut kalimah dengan betul
2-Memadankan perkataan mengikut susunan yang betul.
Penerapan ilmu : Sains
Gabung Jalin : Akidah dan Khat
Penerapan Nilai : 1. Bersyukur dengan nikmat Allah
Kemahiran menilai Diri : Apa akan berlaku sekiranya murid buta huruf?
Bahan Bantu Mengajar : 1. LCD
: 2. Kad Kalimah
Kaedah Mengajar : 1. Talaqi dan Mushafahat
: 2. Latih Tubi/ Takrir.
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | Catatan / Alat |
Set Induksi ( 5minit) | Kad gambar | 1.Guru menayangkan kad gambar tentang kata ganda. 2.Guru menyoal murid. 3. Soalan: 1.Apakah gambar yang kamu lihat ini? 2.Apakah makanannya? 4.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan diajar. | Kad gambar |
Langkah 1 (8 minit ) | Kata Ganda | 1.Guru menayangkan carta gambar dan meminta murid-murid menyebut nama gambar-gambar tersebut secara kelas, kumpulan dan individu. 2.Guru menerapkan ilmu kesihatan mengenai kepentingan sayur-sayuran kepada tubuh badan. | Carta Gambar |
Langkah 2 (12 Minit ) | Kata Ganda | 1.Guru menayangkan perkataan yang berkaitan dengan kata ganda. 2.Guru menyebut perkataan yang berkaitan dengan kata ganda sambil diikuti oleh murid. 3.Guru menyusun murid dalam satu bulatan. 4.Guru memperdengarkan lagu dan murid-murid mengedarkan kotak beracun didalam kumpulan. 5.Apabila lagu berhenti, murid dikehendaki membaca dan memadankan perkataan yang terdapat didalam kotak tersebut pada gambar yang disediakan dengan susunan yang betul dan tepat. | kad perkataan |
Penutup (5 minit ) | Sayur-mayur, Lauk-pauk,Pepatung,Rama-rama dan Murid-murid. | 1.Murid diminta mengulang pelajaran yang telah dipelajari secara berkumpulan, kelas dan individu. 2.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid. 3.Guru mengingatkan murid supaya mengulangkaji semula pelajaran dirumah dengan bantuan ibubapa. | KMD Kad perkataan |
1 comments:
Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours
Well over 160 thousand women and men are trying a easy and secret "liquid hack" to drop 2 lbs each and every night while they sleep.
It's effective and it works on everybody.
This is how to do it yourself:
1) Grab a drinking glass and fill it up with water half glass
2) And then do this awesome HACK
and become 2 lbs lighter as soon as tomorrow!
Post a Comment